Kesatuan Islam Mesti Dikukuhkan

317

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Umat Islam diingatkan agar kesatuan Islam mesti diperkukuhkan tanpa mengira warna politik kepartian yang sekian lama menjadi aliran pemikiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun mengajak seluruh orang Islam menyokong perjuangan Islam sehingga negara ini berjaya ditadbir oleh undang-undang Islam.

Cikgu Alias Harun bersama penduduk kampung di UPU Kuala Abang.

” Marilah kita tautkan hati-hati kita atas dasar hendak memartabatkan Islam, ” ujarnya ketika berucap di Program YB Bersama Rakyat di Unit Peti Undi(UPU) Kuala Abang di padang bola Kuala Abang d suni.

UPU yang terdiri dari MPKK Kampung Baru, Kuala Abang, Rhu Batil, dan Rantau Abang itu merupakan UPU ketiga yang mengadakan program seumpamanya, yang sebelum ini, UPU Pinang dan UPU Taman Permint Indah.

” Marilah kita hadir ke masjid dan surau-surau untuk bersolat jemaah dan mendengar kuliah, agar kita jadi orang berilmu, tahu se, buat… amal, agar kita menjadi hamba yang taat kepada Allah dan mengamal sunnah Nabi Muhammad Sallahu alaihiwasallam,” ujarnya di majlis yang mendapat sambutan masyarakat setempat.

Pertandingan mewarna untuk kanak – kanan juga turut dipertandingkan.

Sempena program itu, turut diadakan Sumbangan Sekampit Beras Seekor Ayam, Gotong Royong Rumah Warga Emas Terpilih, Solat Berjemaah, Sumbangan Bolasepak dan Bola Takraw selain sukaneka untuk pelbagai peringkat umur.