Kerugian Khazanah Nasional; Kesan Dasar ‘Flip-flop’ PH

851

Saya merujuk kepada keputusan kewangan Khazanah Nasional Berhad yang mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.27 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM2.89 bilion pada tahun sebelumnya. Malah pada tahun-tahun sebelum dari itu hampir tidak pernah kedengaran Khazanah Nasional Berhad mencatat kerugian sementelah lagi rugi sehingga lebih RM6 bilion.

2. Khazanah jelas sekali dalam proses peralihan. Termasuklah penentuan mandat baru untuknya. Keuntungan Khazanah merudum disebabkan oleh :

(i) Kecairan pelaburan yang tidak kompetetif
(ii) Pulangan dividen yg menurun dari pelaburan-pelaburannya.
(iii) Peruntukan rosotnilai yg ketara yg terpaksa dibuatnya.

3. Ini pada dasarnya jelas berkait rapat dengan keadaan pasaran semasa yang agak murung dan prestasi kewangan banyak syarikat di Malaysia dan antarabangsa yang agak lembap.

4. Mandat baru itu memerlukan penstrukturan semula dana Khazanah kepada 2 iaitu dana komersial dan strategik.

5. Saya fikir prestasi Khazanah ini adalah memberi gambaran besar tentang bagaimana ekonomi diuruskan oleh kerajaan hari ini.

6. Sama ada pasaran mempunyai keyakinan terhadap prestasi pengurusan fiskal kerajaan atau sebaliknya.

7. Polisi-polisi yang ‘flip-flop’ (tidak tetap), pembatalan dan mewujudkan kembali projek projek mega tertentu tanpa dilihat melalui proses penilaian dan pembuatan keputusan yang wajar dan telus ditambah lagi prestasi buruk oleh beberapa orang menteri yang Perdana Menteri sendiri tidak menyembunyikan kekecewaannya.

8. Ini semua adalah isu-isu yang menyelubungi persekitaran ekonomi negara yang memberi pengaruh meluas kepada keyakinan dan sentimen pasaran yang Khazanah, sepertinya juga Tabung Haji menerima tempias daripadanya hingga melibatkan impairments yang luarbiasa angkanya terpaksa dibuat terhadap akaunnya.

YB. HJ. AHMAD AMZAD BIN HASHIM