Kerjasama MPKK Dan PAS Memudahkan Pesakit Saraf.

360

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Atas rasa prihatin kepada seorang pesakit saraf, Mohd Razali Mohd Nor, Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung(MPKK)
dengan kerjasama Pemuda dan PAS Cawangan Gong Pasir, telah mengadakan gotong royong menyiapkan tandas untuknya.

Pengerusi MPKK berkenaan, Husnu Hussin memberitahu, sebelum ini semasa ziarah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Mohd Ramli telah menceritakan kesukarannya.

“Rumah Ramli yang kedudukan bilik airnya  di bawah dan mesti kena turun tangga, ini menyusahkan dia, yang menghidap sakit saraf tumit.

” Dengan keadaan payah nak berjalan sebab tumit tidak boleh berpijak dan dia sendiri menggunakan bantuan tongkat empat kaki(walker),” katanya.

Beliau yang dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini pada 13 April.

Menurutnya gotong royong yang dilakukan setiap sebelah pagi hari jumaat telah masuk minggu kedua yang turut sama disertai oleh YB Cikgu Alias.

“Kita buat bilik air dengan ‘menebuk’ dinding bilik tidur dia, jadi ini akan memudahkannya,” ujarnya.

Husnu turut berharap dengan siapnya bilik air itu akan memberi kemudahan kepada Ramli yang sebelum seorang tukang rumah untuk berdikari di dalam mengurus diri.