Kerjasama Ibubapa, Guru Lahirkan Pelajar Cemerlang Dunia, Akhirat .

430

Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU – Gandingan diantara guru dan ibubapa di dalam mendidik  pelajar di sekolah dan diteruskan apabila kembali ke rumah mampu melahirkan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato’ Harun mengibaratkan
anak-anak tersebut mutiara yang sangat berguna dan amat bernilai kepada keluarga dan masyarakat.

Ustaz Hilmi sedang berucap

“Anak-anak yang mampu mengharungi dahsyatnya gejala sosial di akhir zaman, ” ujar beliau.

Timbalan Ketua Pemuda Terengganu itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ihtifal PASTI DUN Manir yang diadakan di Dewan Utama Kompleks Tarbiyah Wawasan Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib di Kampung Kubang Lembek, Manir di sini 17 November 2018.

“Kejayaan pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang bermula dengan membaca seterusnya menghafal doa-doa harian dan ayat-ayat Al-Quran,

” merupakan suatu perkara yang positif kepada diri anak-anak setelah mereka dewasa mendatang, ” ujarnya lagi.

Hadiah basikal untuk pelajar cemerlang

Hilmi memberitahu hasrat PASTI ialah untuk melahirkan generasi-generasi yang diterapkan nilai-nilai Islam seperti yang diajar dan ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhamad SAW.

Ihtifal yang menggabungkan PASTI di seluruh DUN tersebut melibatkan PASTI Al-Ihsan Kubang Lembek, PASTI Al-Hikmah Teluk Menara, PASTI Al-Taqwa Kedai Manir dan PASTI Al-Hidayah, Batu Hampar.

Turut hadir di majlis yang mendapat sambutan ibubapa itu ialah Pengerusi PASTI Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Irham Nuri Abidin  dan turut Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Ustaz Hamdi Dato’ Harun.