Kereta Rosak, Jabatan Amal Kan Ada !

963

KUALA TERENGGANU – Di saat semua orang sedang bergembira menyambut kehadiran satu Syawal, Jabatan Amal Batu Rakit bersiap siaga menghulurkan bantuan kepada pengguna jalanraya.

Menurut Ketuanya, Rosli Abd Ghani “Operasi Ronda Malam Raya’ yang akan diadakan adalah untuk memberikan khidmat kepada sebarang kenderaan yang mengalami masaalah di malam tersebut.

“Rondaan lalulintas akan kita lakukan di sepanjang jalan utama di Batu Rakit.

“Insha-Allah kita akan membantu mana-mana kenderaan yang mengalami kerosakan atau masaalah lain agar sambutan Hari Raya mereka tidak tergendala dengan masaalah yang dihadapi.” ujarnya selepas mengadakan taklimat operasi pada petang Isnin, 3 Jun.

Sementara itu Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika dihubungi menyokong penuh program yang akan diadakan.

“Terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada pasukan Jabatan Amal kerana rela diri untuk bekerja, beramal kerana Allah di musim raya ini, yang semua orang mahu bercuti.

Semoga amal baik ini diganjari pahala yang berlipatkali ganda dan ini membuktikan PAS Batu Rakit sentiasa meletakkan keselesaan masyarakat dihadapan dalam pelbagai situasi.” tegasnya bahawa bantuan akan terus dihulurkan jika diperlukan.

Kepada semua pengguna jalanraya di Batu Rakit boleh menghubungi talian 01116116735 (Azuan) dan 0169530520 (Rosli) jika memerlukan bantuan.