Kerajaan Yaman, Houthi Setuju Berundur

301

Kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi telah bersetuju untuk fasa pertama pengunduran pasukan dari bandar Hodeida, dalam satu perjanjian yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu ‘kemajuan utama’.

Perkara itu adalah peruntukan utama kepada gencatan senjata yang disepakati pada Disember lalu di Sweden.

Bandar pelabuhan itu adalah pintu masuk kepada barangan import ke Yemen serta bantuan kemanusiaan kepada jutaan penduduk di negara Arab paling miskin itu.

Berdasarkan rundingan selama dua hari di Hodeida itu, kerajaan dan Houthi memuktamadkan perjanjian untuk fasa pertama langkah membawa keluar pasukan masing-masing dan juga bersetuju kepada fasa kedua, menurut kenyataan PBB.

Rundingan itu diketuai Michael Lollesgaard dari Denmark sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan (RCC) yang turut dianggotai kerajaan serta Houthi. – AFP