Kerajaan Terdesak Cari Wang

2321
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/AES_Grafik_1.jpg

Oleh : Syed kamal

KUALA TERENGGANU – Pengumuman menerus dan menambahkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Kamera AES) itu dilihat seperti Kerajaan Pusat tedesak mencari wang.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, kenyataan itu sangat mendukacitakan rakyat, apabila kamera AES bertamabah, maka jumlah pengeluaran saman pun akan bertambah dan ini disifatkan lorong pendapatan wang untuk Kerajaan Pusat.

“Pemunguman itu pertama mengecewakan rakyat, apabila lebih banyak kamera AES lebih ramai orang yang kena saman, apabila lebih banyak saman mesej sebenarnya bahawa ini tidak lebih keterdesakan kerajaan pusat untuk mencari wang” ujanya.

Tambah Beliau lagi, bukan mudah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya melalui sistem ini seperti yang dikatakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Katanya dengan penggunaan AES ini dapat mngurangkan kemalangan jalan raya, masalahnya tidak semudah itu” tegas Haji Amzad Hashim yang juga merupakan Ketua Ekonomi Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah dalam Program Hala Tuju Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh MPKK Kampung Cina Jumaat lalu. Turut bersama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ketua MPKK Kg Cina, Jefri Chua dan 120 orang kampung yang hadir.