Kerajaan Sambil Lewa Tangani Isu ‘Guru Duka Lara’

518

KUALA TERENGGANU – Isu guru duka lara masih lagi tidak diberi perhatian serius oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, sebanyak 25,332 permohonan pertukaran guru diterima daripada guru di seluruh negara.

Namun begitu, kata beliau, hanya 4,525 permohonan iaitu 19.53% sahaja yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan bagi sesi 2019.

“mereka berhadapan dengan situasi berjauhan dengan keluarga malah sesetengah isu membawa kepada penceraian suami isteri dan ini merupakan antara faktor kepada kemurungan guru,

“Sebelum ini, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa guru juga perlu berkorban bagi mengelak masalah ketiadaan guru yang boleh membawa kepada duka lara murid serta ibu bapa,” jelasnya.

Beliau yang juga, Yang DiPertua PAS Setiu berkata demikian dalam satu kenyataan medianya pada Jumaat, 7 Februari.

Sebaliknya tegas beliau, rata-rata guru memberi reaksi kurang senang terhadap kenyataan tersebut

Justeru beliau menggesa kerajaan segera menangani isu ini dengan menempatkan mereka mengikut permohonan pertukaran yang dibuat.

“demi kebajikan guru-guru sejajar dengan usaha kerajaan memartabat profesion perguruan,” ujar beliau