Kerajaan Perlu Siasat Pemilikan Rumah Rakyat

1273

Oleh ; Rohayati  Ripin

KUALA NERUS – Kerajaan disyorkan agar menyiasat pemilikan rumah rakyat yang diagihkan kerana terdapat aduan ia tidak diduduki.

Ketua Pemuda PAS DUN Seberang Takir Haji Mohd Fazil Wahab berkata, runah tersebut telah diagihkan oleh kerajaan Umno-BN, sepenuhnya sebelum pilihan raya baru-baru ini.

“Rata-ratanya (rakyat) sudah menerima semua rumah tu. Saya difahamkan ada sekitar lima hingga sepuluh biji yang kosong. Itu pun tidak banyak dalam proses. Kita melihat ada rungutan daripada orang situ, rumah ada tapi tuan tiada.

“Jadi pihak Unit Perumahan dibawah SEDC (PERMINT) telah menyiasat balik, mengkaji balik dan menukar surat kepada pemilik-pemilik yang sudah dapat rumah disitu,

“mereka yang tidak duduk, mereka yang memberi sewa dan sebagainya, sampai tahap ia hantar surat,” jelasnya.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir  berkata demikian ketika diminta mengulas berkait isu perumah rakyat  dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir hari ini, 10 Oktober.

Menurutnya, jumlah sekitar 200 buah rumah seumpama itu adalah memadai kepada permintaan penduduk DUN mantan Menteri Besar itu.

Katanya, sekiranya kerajaan menarik balik, mana-mana rumah yang tidak diduduki, ia akan memberi peluang kepada penduduk laing yang layak menerimanya.

“(bagi saya) pemilihan pemilik rumah ni tidak berapa telus (kerana) ata-rata orang beritahu, ada yang sudah memiliki rumah, tidak layak sepatutnya (memdapat rumah itu),

“Sebab kita ada syarat yang perlu diutamakan nak minta rumah. Maknanya gaji isi rumah bukan RM2500 sebulan,” jelas beliau.

Tambahnya, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) sebuah anak syarikat kerajaan yang bebas dan tidak ada kena mengena parti mana-mana politik mana.

Menurut beliau, hanya mereka yang layak menerima rumah tersebut dengan syarat pendapatan dan keadaan ekonmi keluarga, mampu untuk memiliki rumah.

“Sebab kita rasa inilah peluang yang kita ada, kita nak rakyat kita merasai apa yang sepatutnya dia boleh. Layak yang berkahwin, sudah ada anak, tengok pada keutamaan.

“Kalau layak, tapi anak 10 tidak boleh juga sebab rumah tu sesuai dengan jumlah,” jelas beliau.