Kerajaan Perlu Segera Kaji Isu Pewarisan Felda

292

Felda telah menetapkan prosedur pewarisan atau penggantian apabila peneroka meninggal dunia melalui kaedah lantikan pentadbir daripada kalangan pewaris untuk menguruskan harta pusaka.

Untuk mempercepat proses menamakan pengganti peneroka, waris peneroka yang meninggal dunia hendaklah mengemukakan permohonan pembahagian harta pusaka ke Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah.

Prosedur ini telah menimbulkan banyak rungutan daripada ahli waris dan pihak pengurusan Felda sendiri, khususnya berhubung dengan pentadbir tindakan yang tidak berintegriti dalam menjalankan pentadbiran harta pusaka si mati.

Kes pewarisan yang tidak selesai juga akan menyukarkan proses pengurusan ladang peneroka seperti urusan menandatangani perjanjian penanaman semula dan pengagihan pembayaran hasil ladang.

Justeru itu kerajaan dan Felda perlu segera mengkaji dan kemukakan cadangan atau kertas putih pewarisan dengan merujuk kaedah faraid Islam, Ulama, cendekaian Islam,pengamal ilmu pewarisan Islam, wakil Ngo Felda serta pengamal undang-undang perlu dilibatkan dalam pembentukan kertas ini.

Kita tidak mahu isu pewarisan Felda menerima nasib seperti isu pewarisan kampung Baru Kuala Lumpur yang terikat dengan Akta kampung baru, manakala Felda pula terikat dengan Akta Tanah Kawasan Penempatan berkelompok 1960 atau lebih dikenali Group Settlement Area (GSA).

Naraza Muda
Presiden Pertubuhan generasi Kebangsaan (GENERASI)
30 Okt 2019