Kerajaan PAS Yakin Bina 20,000 Rumah

181

Kerajaan PAS Terengganu yakin akan dapat membina 20,000 buah Rumah Mampu Milik (RMM) Patuh Syariah, menjelang akhir penggal pilihan raya ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Alias Razak berkata, tiga projek perumahan yang dibiayai oleh kerajaan sedang berjalan.

“ia merupakan projek pertama pada 2020, juga merupakan projek ketiga yang dibiyai kerajaan negeri, sebagaimana yang dibentang dalam bajet,

“tahu lalu telah dilancarkan di Kampung Tajin, Hulu Terengganu dan Kampung Tok Jembal Kuala Nerus,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah PPRM di Kampung Tempinis, Jabi, hari ini.

Katanya, penduduk Tempinis bertuah kerana rumah yang bakal dibina, adalah model kepada Rumah Patuh Syariah.

“orang Besut paling beruntung, kita sedang membina projek perumahan di Kampung Bukit Cina di Hulu Besut, hari ini di DUN Jabi, tahun ini juga kita akan mulakan pembinaan perumahan di Tembila, Kita Putera,

“dan di Kuala Besut dapat projek daripada kerajaan Persekutuab di Bukit Puteri,” jelasnya.

Beliau berkata, Projek Perumahan Kawasan (PPK) daripada Kerajaan Persekutuan di DUN Bukit Payong akan juga dimulakan pada tahun ini.

“satu lagi projek dibiyai sepenuhnya oleh kerajaan negeri adalah di Gong Cengal, Kemaman, dipanggil Gong Chengal Dua, dalam bulan Februari, in sha Allah,” tambah beliau.