Kerajaan PAS Usaha Membendung Aktiviti Maksiat

177

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu memandang serius dan membendung aktiviti maksiat bagi menjadikan negeri ini menjadi contoh di Malaysia.

Bendahari PAS Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata bagi mencapai hasrat berkenaan Skuad Sukarelawan Amar Makruh Nahi Mungkar ditubuhkan.

“Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar dengan peruntukkan yang tertentu.

“Skuad sukarelawan dibawah (Portfolio) YB Ustaz Satiful Bahri Mamat (akan) dibantu melalui (aktiviti) ‘street’ dakwah yang akan dilaksanakan,” ujar beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, berkata demikian ketika ditemui para wartawan, di Perkarasan Wisma Darul Iman (WDI) pada hari ini.

Jelasnya program dakwah akan ada di semua peringkat, namun yang kerap disebut adalah Skuad Amar Makruh Nahi Mungkar Marang kerana sering tular di laman sosial.

“Di setiap DUN kita peruntukkan melalui Jabatan Pembangunan Agama (daerah) yang kita namakan sebagai ‘Skuad Hisbah’.

“Tetapi (berkemungkinan) di kawasan-kawasan hulu, isu-isu ini agak kurang tertonjol kerana isu-isu ini biasanya berlaku di kawasan peranginan,” jelasnya.

Namun begitu, beliau mengakui, kes khalwat dan maksiat tidak boleh dihapuskan sepenuhnya lagi.

“Tetapi masih lagi didalam keadaan terkawal dan insya-Allah akhir-akhir ini dah berkurangan.

“Kerana (peranan) penguatkuasaan yang ketat dilakukan oleh Pejabat Agama,” tegas beliau