Kerajaan PAS Tulus Dan Budiman

540

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu pada hari ini adalah sebuah pemerintahan yang baik, tulus dan budiman kerana telah meluluskan tanah kepada semua rakyat, termasuk kepada masyarakat Tionghua.

Timbalam Setiausaha PAS Terengganu YB Haji Hanafiah Mat berkata, seluas satu ekar kepada masyarakat Cina di Kemaman untuk urusan rumah mayat.

“Ia telah dipohon selama (semenjak) 65 tahun yang lalu. Tetapi tidak pernah diluluskan (oleh kerajaan sebelum ini). Ini menandakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang sangat baik, tulus dan budiman.

“Kerajaan pada hari ini kerajaan daripada rakyat dan kepada rakyat. Sebab itu kami akan jaga rakyat terutama kepada pembayar cukai dan kita akan jaga sebaik mungkin,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Terengganu di Kampung Cina pada Selasa, 12 Februari.

Sehubungan dengan itu, ADUN Chukai itu juga mendedahkan, PAS Kemaman juga telah mengangkat dan menyokong ADUN Air Putih, Cikgu Abdul Razak Ibrahim, dalam usaha meluluskan lot-lot perumahan yang dipohon rakyat sejak 60 tahun lalu.

Katanya, setiap tanah lot tersebut akan dibuat ‘lay out’ (susun atur) untuk di berikan geran kepada setiap orangdan dalam masa yang terdekat mereka akan mendapat geran daripada kerajaan negeri.

“Saya yakin dalam masa terdekat ini mereka akan dapat geran daripada kerajaan negeri Terengganu,” tegasnya.