Kerajaan PAS Bantu Penternak Ikan Mangsa Banjir

256

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU – Kerajaan PAS akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan Laguna di sini yang rugi akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu,

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Dr Azman Ibrahim berkata maklumat telah dikumpulkan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kejadian berlaku pada 5 Disember lalu. Sehari sebelum kejadian kematian ikan, hujan lebat sebelah pagi dan air melimpah di Daerah Setiu lalu mula memenuhi kawasan muara Sungai Setiu.

‘’ Pertembungan air pasang dan air banjir yang memenuhi kawasan muara menjadi penyumbang kepada penurunan tahap kemasinan air di Laguna,’’ jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu berkata drmikuan dalam satu kenyataan melalui laman sosialnya.

Menurutnya, bencana banjir yang melanda Setiu baru-baru ini bukan sahaja memberi kesan kepada rumah penduduk yang ditenggelami air malah memusnahkan ternakan ikan bawal emas dan kerapu hybrid bersaiz 300g ke 500g.

Beliau berkata, jarak jauh antara Kuala Baru di Kampung Mangkok dengan kawasan ternakan menyebabkan air masin mengambil masa untuk sampai ke kawasan ternakan turut menjadi faktor penurunan kadar kemasinan air di Laguna Setiu.

Selain itu, keadaan hujan yang berpanjangan juga menjadi penyumbang kepada penurunan kadar kemasinan air.

‘’ Kematian ikan melibatkan ikan bawal emas ,kerapu harimau dan kerapu hybrid sahaja. Ikan siakap yang diternak tidak terlibat dengan kes kematian ikan ini kerana mempunyai ketahanan dengan air tawar,’’ tambah beliau.