Kerajaan Negeri Terengganu Sedia Taja Tangan Palsu Adik Khumaira

1054

Menerima perkhabaran bahawa Adik Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli terputus tangan dalam satu kemalangan baru-baru ini di Binjai Bongkok, Marang.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati bersetuju untuk menaja tangan palsu buat Adik Khumaira.

Saya juga akan meluangkan masa untuk menziarahi beliau dalam masa terdekat.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu beliau meneruskan kehidupan seperti biasa.

Diharapkan juga Adik Khumaira dan keluarga tabah dan cekal menerima dugaan yang berat ini.

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu