Kerajaan Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Bonus

1617

KUALA NERUS – Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM1.8 juta memberi bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Guru Pintar Al-Quran Yayasan Islam Terengganu.

Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata program tersebut menjadi bukti kerajaan yang dipilih rakyat  pada pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 lalu, melaksanakan janjinya.

“yang keduanya ialah mana-mana perkara yang baik, yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu akan diteruskan dan kita akan perbaiki dari masa ke semasa,

“dan kita akan pertingkatkan aspek-aspek lain supaya kebaikan yang diberikan akan dinikmati oleh semua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bonus Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran Yayasan Islam Terengganu, di  Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini 11 Jun.

Oleh itu, katanya, tidak timbul kerajaan baharu membatalkan mana-mana perkara yang baik dan kerajaan PAS Terengganu tidak akan melakukan demikian.

Katanya, objektif kerajaan ialah untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua penduduk negeri ini.

Sehubungan itu beliau berkata, banyak cadangan dari pelbagai pihak termasuk para cendekiawan, yang akan dikaji dan dilaksanakan sekiranya baik, menurut kemampuan pihak negeri.

“kita baru sebulan…..mengambil alih kerajaan dan banyak perkara yang kita pertimbangkan (kerana kita bukan bercakap untuk mentadbir negeri Terengganu,

“selama lima tahun sahaja, tetapi lebih daripada itu lagi,” tegasnya.

 

Berkait pelantikan Tan Sri Khalid sebagai penasihat, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, perkara yang paling penting ialah peranan yang dimainkan, bukan jawatan yang diberikan.

“kita telah berbincang dan beliau telah memberikan komitmen akan terus pandangan-pandangan dan nasihat yang ‘releven’ bagi mencapai keadaan ekonomi yang lebih baik di Negeri Terengganu,

“dan bukan sahaja  Tan Seri Khalid Ibrahim tetapi tokoh- tokoh yang lain juga kita akan bertemu dan kita akan dapat pandangan mereka,” ujarnya.

Objektif  kerajaan negeri katanya adalah untuk menjadi kerajaan terbaik dan ia tidak boleh bergerak dengan sendiri tanpa sokongan semua pihak.