Kerajaan Komited Dengan Pendidikan Islam

807

Oleh : Khairan Asmawi

KUALA NERUS – Kerajaan Negeri pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) terus komited dalam memperkasakan agama Islam melalui pendidikkan selaras dengan dasar parti.

Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) adalah salah satu usaha untuk melahirkan generasi yang tidak jahil tentang agama.

“…kurang dari setahun (memerintah negeri), kita telah melaksanakan salah satu daripada manifesto iaitu menubuhkan SRIDI.

“Sekaligus usaha ini akan dapat menyelamatkan bangsa dan negara.” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Chit Chat Ubi Kayu Cicoh Nyor” yang diadakan di hadapan Pasar Batu Enam di sini pada 25 Disember.

Beliau bersama Ketua Pemuda Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Hishammuddin Abdul Karim dan Naib Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Hilmi Harun merupakan ahli panel di program berkenaan.