Kerajaan Hanya Beri ‘Ikan’……..

405

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu disifatkan hanya memberi ‘ikan’ kepada rakyat apabila meluluskan jutaan ringgit bantuan ‘one off’.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, tindakan itu tidak membantu golongan keluar dari daripada ‘kemelut’ kehidupan itu.

“Bila memberi ikan sekali…..rakyat akan makan habislah……jadi tidak ada lagi sumber yang boleh membantu mereka untuk masa akan datang,

“sepatutnya kerajaan harus fikir macam mana nak memberi pancing kepada rakyat supaya rakyat boleh menangkap ikan pada hari esok dan seterusnya,

“dan mereka boleh mencari sumber rezeki tanpa ada berlaku kemiskinan selepas bantuan daripada pihak kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di HARAP TV dalam bicara kebajikan dan Wanita, Isnin, 12 Februari, disini.

Menurut beliau, yang juga Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Negeri Terengganu (Khairunnisa’), kerajaan seharusnya memikirkan penyelesaian kepada rakyat secara menyeluruh.

Antara yang membebankan orang ramai, kata beliau, ialah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dan rakyat sangat tertekan dengan kenaikan harga barang.

“GST harus dihapuskan supaya rakyat hidup dalam keadaan sara hidup mereka yang terkawal. Dalam keadaan harga barang barang mkin naik tetapi gaji masih di tahap yang sama malah kita dengar elaun banyak yang dipotong,

“barang semakin naik dan itu yang mengekalkan keadaan masyarakat sekarang dalam kemiskinan,”ujar beliau.

Justeru, beliau menggesa agar kerajaan hari ini dan akan datang, memikirkan suatu kaedah yang benar-benar berkesan bagi mengurangkan kemisiknann.

“kita (PAS) mengharapkan kerajaan memikirkan sesuatu yang menjadikan rakyat setelah diberi bantuan,

“rakyat akan mampu untuk terus hidup dalam keadaan yang selesa tanpa menghadapi kemiskinan lagi,”tambah beliau, yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim.