Kerajaan Dituntut Siasat Pembalakan Haram

340

Isu menyalahgunakan lesen pembalakan perlu diberi perhatian serius. Saya mendesak supaya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Perak perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat pembalakan yang telah menyalahgunakan lesen pembalakan di kawasan hutan simpan kekal di daerah Hulu Perak, Perak.

Memandangkan aktiviti pencerobohan ini berlaku dengan teruk,saya menegaskan supaya Kerajaan segera mengambil tindakan yang berat terhadap golongan yang terlibat.

Sekiranya wujud unsur rasuah antara tauke balak dengan pihak penguatkuasa , saya mengesa supaya Kerajaan memperketatkan sistem pemantauan yang holistik dengan melibatkan sekali orang awam sebagai pemerhatian dan dari sudut penguatkuasaan serta kawalan perlu diperkukuhkan daripada sedia ada.

Isu pencerobohan pembalakan secara tidak sah yang merangkumi pembalakan tanpa lesen mahupun pembalakan yang berlesen tetapi melebihi had kawasan yang ditetapkan semakin berleluasa di negara kita sejak akhir-akhir ini.

Saya menyarankan supaya Kerajaan mewujudkan badan selain syarikat pembalak dan Jabatan Perhutanan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat dan pakar untuk memantau aktiviti pembalakan secara telus di setiap negeri.Hal ini kerana kita tidak mahu isu pembalakan haram ini terus berlaku saban tahun seperti mana tragedi yang menimpa di Cameron Highlands baru-baru ini.

“Islam Memimpin”

YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Ahli Parlimen Kenaman
YDP PAS Kemaman