Kerajaan Akui Kekurangan Katil Di Hospital

1295

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kesihatan Malaysia mengakui, bukan sahaja hospital di Terengganu yang kekurangan katil bahkan juga berlaku di semua hospital seluruh negara.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Haji Azman Abu Bakar berkata, cara yang paling sesuai menyelesaikan masalah tersebut, bukannya menambahkan pembangunan tetapi menghalang orang ramai daripada mendapat penyakit.

“kalau kita boleh menghalang dia (rakyat) daripada mendapat penyakit, maka berkuranglah kita perlukan katil,

“Jika ditambah bilangan katil samalah seperti ‘parking’ kereta, semakin banyak kenderaan yang dikeluarkan maka semakin bertambahlah tempat meletak kenderaan,katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai merasmikan Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan Dari Perspektif Islam Kedua di TH Hotel & Convention Center Terengganu, disini pada Sabtu, 16 September.

Menurutnya, Asia Tenggara merupakan kadar ‘obesiti’ yang paling tinggi yang boleh membawa pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung serta penyakit buah pinggang.

“Kita tidak boleh menyelesaikan masalah tetapi boleh mengurangkan dengan cara menghalang daripada penyakit contohnya kurangkan gula untuk mengelakkan kegemukkan,

“Usaha untuk menambahkan katil itu ada tetapi ianya takkan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita cuba sedaya upaya (tambah katil), (tapi) buat masa sekarang saya tak katakan tak boleh, katakan tak cukup katil,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, yang menjadi isu sekarang, bagaimana pihak kesihatan merancang strategi supaya orang ramai menggunakan hospital-hospital sedia ada.

Beliau barkata, dalam lawatannya ke Hospital Setiu mendapati bahawa hospital tersebut mempunyai lebihan katil berbanding dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Salah satu cara adalah menghantar pakar daripada HSNZ untuk turun memberi perkhidmatan ke hospital lain,

“Kalau gula kita hantar ke bawah, semut akan pergi kesana……macam itulah kita katakana,”jelas beliau.

Usaha untuk mengujudkan ‘hospital cluster’ yang akan memberikan khidmat setaraf hospital pakar sudah dilaksanaka.

Namun begitu, kata beliau, banyak lagi tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan inisiatif tersebut yang akan menjadikan HSNZ sebagai bapa angkat kepada hospital lain menjadi realiti.

<iframe width=”640″ height=”360″ src=”https://www.youtube.com/embed/UpzLH90QH9k” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>