KENYATAAN MEDIA PAS TERENGGANU

913
YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang, Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu merangkap Ahli Dewan Negara

Mesyuarat Kali Pertama MN Terengganu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah pada 28 Januari telah berlangsung
mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Peringkat Negeri Terengganu

Terima kasih diucapkan kepada pihak UMNO Terengganu atas kesudian menjayakan mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Peringkat Negeri Terengganu.

2. Perbincangan daripada kedua-dua kepimpinan PAS dan UMNO Terengganu itu diketuai Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Din Adam.

3. Beberapa keputusan telah dicapai hasil pertemuan semalam, antaranya :

i) Jawatankuasa MN di Peringkat Parlimen akan ditubuhkan secara secara bersama bermula hari ini sehingga 29 Februari 2020.

ii) PAS dan UMNO juga bersetuju untuk mengadakan program bersama di peringkat parlimen dan dimulakan di daerah kemaman.

iii) Mesyuarat Jawatankuasa MN peringkat negeri akan diadakan paling kurang sekali dalam tempoh tiga (3) bulan, namun, ia boleh diadakan pada bila-bila masa jika ada keperluan di antara kedua-dua belah pihak.

iv) Selain itu, mesyuarat jawatankuasa MN peringkat negeri akan dipengerusikan bersama antara PAS dan UMNO. Pengerusi mesyuarat juga akan digilirkan mengikut giliran masing-masing. Masa dan tempat akan ditentukan oleh pengerusi mesyuarat.

v) Pengerusi Jawatankuasa di peringkat Parlimen akan diketuai bersama oleh Yang Dipertua PAS Kawasan dan Ketua UMNO Bahagian.

4.Semoga hasil pertemuan dan perbincangan ini mampu memberi impak positif kepada rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Terengganu khususnya.

5. Didoakan juga semoga Allah mempermudahkan usaha murni ini yang akhirnya menatijahkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB Senator Dato’ Haji Husain Awang,
Pesuruhjaya B PAS Terengganu.
5 Jamadilakhir 1441H/ 29 Januari 2020M