Kenapa Perlembagaan Guna ‘Tetapi’ Tidak ‘Dan’

444

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Di dalam Perlembagaan Persekutuan , tertulis ‘’Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, ‘ tetapi’ agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas”, tidak digunakan ‘dan’, kenapa?

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mempersoalkan demikian, memberitahu, kerana ianya membawa maksud berbeza.

“Kalau menggunakan perkataan ‘dan’ dalam perlembagaan berkenaan, ia memberi makna yang amat berlainan iaitu agama lain bebas menyebarkan agama mereka kepada orang Islam”, tegas beliau.

Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat itu memberitahu demikian ketika berceramah di Program Ceramah Perdana Isu-isu Semasa berkenaan ICERD di Dewan Besar, Pusat Rehabilitasi, Seberang Takir di sini pada 4 Disember.

Orang ramai yang hadir memenuhi dewan
“Sebab inilah kita menentang ICERD kerana Islam adalah Agama Persekutuan yang paling tinggi dan agama lain tidak boleh sebarkan agama mereka kepada orang Islam, ” jelas beliau.

Bersama beliau turut berceramah ialah Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah, seorang penceramah bebas yang turut mengulas berkenaan bahaya ICERD kepada orang Melayu Islam.

Majlis tersebut juga dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin setempat.