Kemuncak ‘The Great March of Return’ Pada Hari Nakba

94

‘The Great March of Return’ – Perarakan Bantahan Untuk Kembali, akan mencapai kemuncaknya pada 15 Mei, hari yang menandakan ulang tahun ke-70 Nakba.

Anggota Kanan Biro Politik Hamas, Khalil al Hayya berkata ia adalah salah satu alat yang digunakan oleh tentangan Palestin untuk menghadapi pendudukan Israel.

“kita sedang bergerak ke arah sempadan tanpa senjata di tangan mereka, ramai warga Palestin yang akan mengambil bahagian dalam demonstrasi yang akan mencapai kemuncaknya pada 15 Mei.”

“saya menyeru agar masyarakat antarabangsa berusaha membantu kami untuk mencapai hak kembali Palestin yang lama ditunggu-tunggu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian, pada hari Ahad, semasa pengkebumian empat orang Palestin yang terbunuh dalam letupan di bandar Rafah di selatan Rafah.

Oleh itu, pemimpin Hamas mengutuk pihak-pihak yang berlainan, yang cuba mengadakam rundingan untuk menormalkan hubungan mereka dengan negara penjajah Israel.

“Palestin tidak boleh dilupakan dan hak-hak Palestin adalah suci dan ia tidak akan tertakluk kepada perbincangan, konsesi atau kompromi.” tegasnya.