Kempen Baca Harakah Dipergiat

207

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Kempen membaca akhbar Harakah sebagai ‘lidah rasmi’ PAS dipergiat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Timbalan Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor berkata,
ia amat penting kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang autentik.

“Melalui Harakah kita akan dapat mengetahui segala apa yang ingin disampaikan oleh pemimpin parti dan menjadi rujukan terus menerus.

“dapat menangkis dan menjawab segala anasir-anasir yang sengaja ditimbulkan oleh lawan bagi melemahkan PAS” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, semalam, 11 September.

Menurutnya, dengan belanja hanya RM2 ahli dan penyokong PAS dapat membantu kelangsungan penerbitan Harakah.

“Kalau tidak kita yang membantu Harakah maka siapa lagi yang akan terus menghidupkan Harakah?

“Sebagai pendokong gerakan Islam sudah tentu kita mahu membaca apa jua pandangan dari pemimpin parti kita dahulu sebagai rujukan utama,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mengajak orang ramai terutamanya dikalangan anak muda parti untuk melaksanakan kempen 3B, beli, baca dan beri yang telah dilancarkan oleh PAS.