Kemelut Politik Negeri Perak – UMNO ‘bodoh, jahat dan gila’

578

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/mesyagongpaskmmn.JPGPresiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan yang memalukan itu disaksikan oleh manusia di seluruh dunia.

“Hari ini dia (Umno) pakai rampas bodoh saja, sudahlah bodoh jahat pula, ‘bodoh..jahat..gila’.

“Kita (PAS) kena banyak sabar dan percayalah orang yang bodoh, jahat dan gila ini lama-lama kena berkas. Dia (Umno) tidak boleh kuat selama-lamanya,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-49, di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman.

Apa yang berlaku, katanya, menandakan kelemahan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini dan PAS perlu memperbaiki kelemahan bagi menarik sokongan rakyat.

“Apa yang berlaku itu (kes Perak) menandakan kelemahan dia (Umno) dan kita (PAS) baiki kelemahan kita (PAS).

“Inilah kekuatan kita (PAS) dan Insya’Allah, dengan sambutan yang menarik kepada perjuangan kita (PAS) oleh seluruh rakyat Malaysia. PAS semakin kuat,” tegasnya di hadapan lebih 800 orang perwakilan dan pemerhatinya.

Beliau berkata strategi politik yang ditentukan oleh kepimpinan parti, hendaklah difahami oleh ahli untuk mencapai kemenangan.

“Strategi hendak lawan untuk kita (PAS) mencapai kemenangan. Kadang-kadang kita (PAS) tegang, kadang-kadang kita (PAS) kendur. Ini strategi politik.

“Bila kita (PAS) buat strategi politik orang kita (PAS) kena faham. Kadang-kadng orang kita (PAS) sendiri tidak faham.

“Bila orang kita (PAS) tidak faham, saya kata ‘belajar dengan lembu’. Jika kita tengok lembu berlawan dia (lembu) tidak ‘sodok sokmo’(lawan). Kadang-kadang dia (lembu) ‘sodok’ (lawan) dan kadang-kadang dia (lembu) undur,” ujarnya.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/mesyagongpaskmmn1.JPGMengimbau sejarah silam strategi PAS ditahun 60-an ketika PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri Muda, Ustaz Abdul Hadi suatu strategi yang Berjaya dibawa oleh PAS waktu itu.

Katanya, pada tahun 1969, Dato’ Asri Muda menggunakan strategi politik ‘Kerajaan Campuran’ dengan Barisan Nasional (BN) meski pun ramai yang membantah kerana tidak bersetuju.

“Banyak (ramai) orang kita (PAS) marah sebab dia (ahli) tidak tahu strategi politik. Di mana strategi politik waktu itu kita (PAS) berjaya menarik minat di kalangan orang yang terpelajar, pegawai-pegawai kerajaan sokong perjuangan PAS,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut dua bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Haji Yusuf Tahir, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kemaman, Encik Lip Woon Chang.