Kembali Kepada Asal (Back To Square One)

222

mengulangi kenyataan yang diucapkannya kira-kira dua minggu lalu di Kuala Nerus.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/mb%203a.jpgSemasa ‘menganugerahkan’ 5 ekor lembu untuk korban pada Aidil Adha pada 29 November lalu, Hisham berkata Umno bertambah baik dan penerimaan rakyat semakin baik.

(Gambar – Ahmad Said berjubah dan berkopiah, sekembalinya dari menunaikan haji semalam 15 Dis)

Kenyataan tersebut belum meyakini krisis atau kemelut Umno Terengganu yang bermula selepas pilihanraya umum ke 12 2008 terus menerus berlangsung sehingga ke hari ini.

Yang terbaru, penaikkan kain rentang atau sepanduk yang bertulis ‘bai’ah siasah’ kepada Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Tindakan tersebut menunjukkan masih ada kumpulan setia kepada Menteri Besar(MB) Terengganu yang dapat mengesan, usaha untuk melucutkan Ahmad sebagai MB terus berjalan.

Ia adalah reaksi kepada kumpulan yang menyokong bekas MB Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh yang masih menyimpan ‘dendam’ terhadap Ahmad Said.

Perkara tersebut dikesan begitu jelas ketika kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 6hb November lalu, sewaktu menutup kejohanan sukan perahu layar Monsoon Cup.

Sewaktu program menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Mengabang Telipot selepas menutup Monsoon Cup, perbualan diantara ADUN-ADUN penyokong Idris kedengaran berkisar pada tajuk mahu menggantikan MB Terengganu kerana dua perkara;

1. Ahmad Said tidak membawa banyak perubahan dalam pembangunan negeri
2. Ahmad Said memberikan terlalu banyak projek kepada istana.

Percakapan berkenaan mahu menggugurkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar turut kedengaran di Pejabat Menteri Kewangan, Putrajaya.

Pertukaran Pengerusi Perhubungan Umno

Bantahan kepada Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila konspirasi ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 Mei, 2009.

Ia jelas satu konspirasi melalui jawapan yang diberikan oleh bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Dr. Ramzi kepada Wakil Rakyat PAS, Ustaz Mohd Noor.

Dr. Ramzi tidak merasa bimbang dan takut tentang peristiwa tersebut, dan hanya menyebut ia adalah satu tindkan ‘politik’.

Ekoran konspirasi ‘SMS Ugut Bunuh’, kumpulan penyokong Idris berharap dapat menjatuhkan Ahmad Said apabila kes tersebut disensasikan sehingga peringkat nasional.

10 Adun terbabit tidak mahu hadir ke dalam Sidang DUN, menyebabkan Putrajaya terpaksa campurtangan dan memanggil mereka.

Mereka telah berjumpa dengan Najib dan menyerahkan memorandum yang menyenaraikan kelemahan-kelemahan MB Terengganu.

Namun demikian, Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menukar MB tanpa restu istana yang mana akhirnya, Najib hanya boleh mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan, Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad.


Hishamudin Gagal Membawa Perubahan Drastik

Hishamudin mengakui dalam banyak kenyataan yang beliau keluarkan, beliau bertindak ssecara beransur-ansur bagi menyelesaikan kemelut Umno Terengganu.

Antara faktor yang menghalang Hisham adalah, tidak ada capaian langsung dengan Umno Terengganu kerana kedudukannya yang lebih ‘junior’ sebagai Naib Presiden Umno.

Kedua-dua pihak yang berbalah, Ahmad Said mahu pun Idris adalah lebih senior dari Hisham dalam Umno yang dilihat banyak pihak, beliau tidak mempunyai kemampuan menyelesaikan kemelut Umno Terengganu.

Hisham cuba mencari jalan tengah dengan memecat orang-orang Ahmad said dalam Perhubungan Umno Terengganu dan menggantikannya dengan tokoh yang dianggap lebih seimbang.

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Awang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan bagi menggantikan Dato’ Rosli Mat Hassan manakala ADUN Teluk Pasu, Dato’ Rahin Said dilantik Bendahari Umno Negeri bagi menggantikan Dato’ Roslan Awang Chik, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Sabery Chek dilantik Ketua Penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong.

Namun, perlantikan itu juga tidak dapat mempercepatkan penyelesaian menyebabkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin campurtangan dan menawarkan diri sebagai orang tengah.

Hisham rasa tercabar, namun capaiannya dikalangan pemimpin Umno terbatas lalu mencari seseorang yang boleh melaksanakan usahanya sebagai ‘perantaraan dan penimbangtaraan’ (mediation and arbitration) dalam menyelesaikan konflik Umno Terengganu.

Oleh kerana Dato’ Din Adam merupakan Ketua Pemuda Umno Terengganu semasa zaman Hisham Ketua Pemuda Umno Malaysia, maka Hisham telah merundingkan perkara tersebut dan menugaskan Din Adam untuk melaksanakannya.

Din Adama akhirnya berjaya membawa 7 dari 10 ADUN yang menentang Ahmad Said ke Putrajaya dan bertemu dengan Hisham.

Apakah perbincangan dan perundingan mereka tii Dalam Negeri tidak dijelaskan, namun Din Adam dalam siding media selepas perjumpaan tersebut menyatakan mahu menyelesaikan masalah dan menyatakan setia kepada Ahmad Said.

Din Adam diberikan ganjaran dan dilantik menjadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri selepas berjaya membawa 7 ADUN tersebut ke Putrajaya.

Masalah Umno Belum Selesai

Hishamudin berkali-kali membuat kenyataan bahawa Umno dalam “keadaan yang baik, ataupun Umno Terengganu dalam keadaan bertambah baik dan lebih baik”.

Namun beliau belum lagi mengeluarkan kenyataan yang menegaskan krisis Umno sudah selesai walaupun pada perjumpaan Aidil Fitri di Marang 29 September lalu, ia dilihat hampir selesai.

Dalam perjumpaan yang dianggap paling berjaya itu tiga orang ADUN anti Ahmad said yang paling ‘hardcore’ masih tidak hadir iaitu  Dato’ Rosol Wahid (Ajil), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang) dan Zakaria Abdullah (Paka).

Pada 24 November, selepas meninjau keadaan banjir di Hulu Terengganu, Hisham membuat kenyataan lagi dengan berkata, “kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu semakin baik sejak kebelakangan ini apabila beberapa wakil rakyat yang dulunya dilihat tidak ‘sehaluan’ di antara satu sama lain, hadir bersama pada program-program yang diadakan dari semasa ke semasa”.

Sebaliknya pada 29 November, hanya beberapa ADUN sahaja yang hadir pada majlis korban Hishamudin di Tok Jembal, malah tidak sampai 200 orang penduduk yang hadir sewaktu Hisham mahu berucap.
  
Akhirnya, beliau tidak berucap sebaliknya hanya mengadakan sidang media.

Dilaporkan, Ketua Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri telah ‘dimarahi’ oleh Hisham dalam mesyuarat yang diadakan di Riyaz Heritage Pulau Duyong selepas itu.