Keluarga Sebahagian Daripada Gerakan Islam

145

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Keluarga merupakan sebahagian daripada aliran perjuangan Islam, kekuatan sebenar yang akan melahirkan dari setiap pemimpin.

Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ikatan yang kukuh seisi keluarga melambangkan kesejahteraan hidup.

“Setiap permasalahan yang dihadapi akan dapat diatasi dengan berhemah dan bijak tanpa ada persengketaan sesama ahli keluarga'” ujarnya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Hari Keluarga PAS Kawasan Besut yang berlangsung di Kem Damai Beach Resort, Besut.

Oleh itu, menurut beliau, keluarga dapat memberi sokongan dan dorongan menghadapi cabaran, terutamanya selepas PAS menang.

“Tugasan yang kita hadapi semakin banyak mahu pun dari segi gerak kerja parti ataupun kerajaan.” tegasnya pada setiap pimpinan Dewan yang hadir ke program yang diadakan setiap tahun itu.

Wan Azhar juga sempat memperingatkan para pimpinan PAS diperingkat kawasan agar dapat menyelesaikan segala permasalahan secara berpasukan.

“Saya berharap dengan adanya program sebegini dapat menguatkan lagi semangat dan kerjasama antara kita untuk meneruskan gerak kerja bagi menegakkan ajaran Islam.”