Kelab Penyokong PAS Akan Jadi Sayap Baru

444

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kali Pertama Kelab tersebut Peringkat Nasional yang diadakan di Pejabat Daerah Kelang, hari ini.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/30052009a.jpgBeliau berkata,  orang Melayu, Cina dan India adalah adik beradik kerana mereka berasal dari ibu dan bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa.

Katanya, sepatutnya sudah lama kelab itu diserap sebagai satu lagi sayap dalam PAS (Gambar – Tok Guru Nik Aziz berjubah di tengah, merasmikan konvensyen bersejarah kali pertama Kelab Penyokong PAS)

Katanya gerakan Islam di luar negara kagum dengan PAS kerana dapat menyatukan orang bukan Islam untuk menyokong Islam d Malaysia.

Sehubungan itu, Kajian untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal sedang giat berjalan.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, PAS sudah membentuk jawatankuasa teknikal bagi mengkaji perkara tersebut secara mendalam.


“Saya yakin harapan ini akan menjadi realiti selepas Muktamar PAS bulan depan,” katanya dan menambah perkara tersebut adalah penting bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam
dalam parti itu.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/30052009b.jpg
Manakala Pngerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata hanya Islam PAS sahaja yang berjuang untuk keadilan semua kaum.

Beliau mengajak semua kaum untuk menyokong PAS.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata sudah tiba masanya PAS membuat satu lonjakan paradigma.

Beliau berkata beliau sangat bersetuju dan menyokong Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf dan diiktiraf sebagai sebuah sayap parti.

“Pengiktirafan Kelab Penyokong sebagai satu sayap parti akan memberikan lonjakan kepada politik PAS dalam membuat persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan persediaan untuk mengambil alih pemerintahan negara,”ujarnya.

Seramai 600 orang perwakilan dari seluruh Negara hadir dalam konvensyen yang disifatkan sebagai bersejarah dan sangat meriah itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayob, Ahli Parlimen Shah Alam, Khaid Samad dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. (Gambar kanan )