Kekuatan Jentera Hadapi Banjir  Musim Ini Dua Kali Ganda

303

Oleh : Rohayati Ripin

SETIU – Jentera banjir PAS di Negeri Terengganu sebelum ini hanya dikalangan ahli-ahli akan meningkat kekuatannya dua kali ganda apabila ia di garap bersama jabatan dan agensi kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Dr Azman Ibrahim berkata, PAS sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi bencana tersebut pada tahun ini.

“Sekarang ini jentera kita diletakkan dalam ‘mode standby’ (yang boleh digerakkan pada bila-bila masa).

“Tahun ini operasi akan lebih menyeluruh dengan pengarah operasi banjir setiap daerah akan diketuai oleh Pegawai Daerah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-Kanak Permata Keluarga 2018 di Dewan MDS Sungai Tarom pada hari ini, 7 November.

Oleh itu beliau yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu yakin dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam menangani musibah banjir, kepada rakyat.

“Dengan gabungjalin antara Jabatan Amal (dan semua agensi PAS) dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan polis serta Jabatan ebajikan Masyarakat akan dapat menyantuni mangsa-mangsa banjir,” kata beliau.