Kekal Status Quo Matrikulasi

558

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu supaya Kementerian Pendidikan *mengekalkan status quo* nisbah pengambilan pelajar program matrikulasi pra universiti di institut pengajian tinggi awam negara ini.

2. Pengekalan kuota 90 peratus untuk Bumiputera, dan 10 peratus untuk bukan Bumiputera adalah selaras dengan hasrat awal penubuhannya bagi memberi peluang kepada golongan sasar sebenar untuk mengikuti kursus penting yang ditawarkan.

3. Tidak ada keperluan mendesak untuk menukar nisbah tersebut buat masa ini. Mengapa sekarang DAP menimbulkan perkara ini selepas cubaan untuk mengiktiraf UEC gagal?

4. *Desakan DAP untuk mengganggu sistem dan dasar pendidikan negara adalah keterlaluan*. Malah, jika ia menguntungkan mereka seperti perolehan peruntukan khas dari Kementerian Kewangan untuk kolej swasta persendirian Cina, mereka tidak timbulkan pula soal keadilan dan kesamarataan.

5. Terbukti, agenda DAP adalah untuk kepentingan kaum Cina semata-mata sehingga sanggup merombak dasar dan sistem pendidikan negara yang telah diamalkan secara efektif selama ini.

6. PAS mendesak YB Menteri Pendidikan supaya tidak tunduk kepada desakan DAP, sebaliknya fokus kepada meningkatkan mutu pendidikan kepada semua pelajar tanpa mengira kaum selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara.

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat