Kejayaan Kerajaan Terengganu Dicemburui

15217

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU- Pelbagai spekulasi buruk dilontarkan terhadap kerajaan Terengganu menunjukkan ada yang ‘cemburu’ di atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai.

Sewajarnya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata ia menjadi tumpuan serta perhatian kawan dan lawan kerana prestasi yang terkehadapan.

” Bila kamu dikejar oleh lawan kamu, ia bermakna kamu sedang diperhatikan sekiranya ada ruang untuk lawan, mereka akan peteh kaki kamu.”

Azman dipetik menulis demikian menerusi laman sosial miliknya, di sini, 18 Disember.

Tambah Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri itu juga, walaupun masih mentah menguasai kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini, pelbagai janji sudah dikotakan.

“Walaupun kita bukan sebuah kerajaan yang sempurna tapi kita sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat, ” tulisnya lagi.

“Semua anggota kerajaan terbuka dan berlapang dada untuk menerima pandangan, cadangan, nasihat dan kritikan, kita ambil positif demi kebaikan.”

Beliau yang turut kesal dengan fitnah-fitnah yang ditabur untuk memburukkan imej kerajaan semenjak akhir-akhir ini.

“Pihak lawan nampak begitu berminat untuk menjaja fitnah lantaran hasad dan dengki.”

“Itu pilihan mereka dan semua dah besar panjang, mereka rasa kulit mereka kebal dan tahan api, maka silakan, ” sindirnya.