Kecemerlangan DUN Sura Dipertahankan

670

DUNGUN – Kecemerlangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sura akan terus dipertahankan dengan kerjasama erat Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN(MTD) .

Setiausaha MTD berkenaan yang baharu dilantik, Mohammed Nafi Abdullah berkata tumpuan akan diberikan kepada pembangunan di DUN Sura.

Disamping itu, kerja-kerja pemantapan organisasi dibawah pentadbiran DUN meliputi , Pejabat Khidmat Dun dan I-Mits akan terus diperkasakan.

“Kita mahu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 rakyat akan terus bersama PAS dan DUN Sura menang dengan majoriti yang lebih besar.

Mohammed Nafi yang dihubungi wakil Buletin Online(BO) di sini pada 27 Jun setelah dilantik sebagai Setiausaha MTD DUN Sura berkuatkuasa 25 Jun lalu, mengantikan Allahyarham Mohamed Ibrahim Sini Mohamed yang kembali ke rahmatullah pada 22 Jun lepas.

Beliau yang juga seorang usahawan, menerima perlantikan tersebut dengan perasaan sedih memandangkan hubungan sangat rapat dengan arwah.

” Hampir sepuluh tahun, kami bekerja bersama dimana arwah menjadi setiausa saya, saya menjadi penolong dan di Bilik Gerakan(BG), arwah ketua BG, saya sebagai setiausa BG,” cerita beliau ayah kepada lima orang anak itu.