Keamanan Untuk New Zealand

272

Firman Allah S.W.T.:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (190)

“Dan berjihadlah kerana agama Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau (menceroboh); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau” (Surah Al-Baqarah: 190)

1. PAS berkongsi rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa ‘serangan pelampau’ di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, yang turut mengorbankan nyawa saudara kita yang tidak berdosa.

2. PAS menyifatkan insiden ini sebagai suatu tindakan terkutuk yang melampaui batas kemanusian dan tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia keseluruhannya.

3. PAS menegaskan bahawa budaya toleransi antara agama adalah sangat penting bagi mewujudkan keamanan sejagat, manakala budaya prasangka dan prejudis seperti fahaman ‘Islamofobia’ perlu ditangani semua pihak.

4. PAS dengan ini mengecam ‘tragedi kemanusian’ yang berlaku ini dan mengharapkan penjenayah yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

5. Semoga Allah merahmati roh saudara-saudara kita di Christchurch, New Zealand.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 8 Rejab 1440 / 15 Mac 2019