Kawasan Semak Bukit Puteri Cacatkan Pemandangan

342

KUALA TERENGGANU – Sesiapa sahaja yang melalui jalan besar ke Pasar Payang, melalui Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu, akan pasti melihat kawasan semak berhampiran Bukit Puteri yang mencacatkan pemandangan.

Kawasan tersebut yang dahulunya difahamkan, pernah menjadi salah satu pejabat pelancongan negeri, terbiar tidak dibersihkan.

Ia yang terletak di kaki bukit yang bersejarah itu, bersebelahan bangunan
Bazar Warisan di Jalan Sultan Zainal Abidin, menyakitkan setiap mata yang memandangnya.

Kawasan terbabit yang terletak kira-kira 150 meter daripda Pasar Besar Kedai Payang, menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negera, perlu di ambil tindakan segera.

Pihak berkuasa berkenaan, tidak wajar membiarkan kawasan terbabit yang menjadi salah satu tarikan antarabangsa, terbiar begitu sahaja