Karpal Singh telah menerima Hukum Hudud?

298

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/08/karpalkonvensyen.jpgKejahilan adalah musuh no 1 manusia. Ketika Islam datang Ke Mekah masyarakat itu dikenali sebagai Jahiliyyah. Tetapi setelah proses menyebaran dakwah dan masyarakat mendapat maklumat sebenar mereka menerima Islam. Apabila Islam dipraktikkan dengan seadil-adilnya sudah pasti manusia yang dicipta oleh Allah ini boleh menerima hukum yang diturunkan oleh Allah swt, pencipta manusia itu sendiri kecuali kerana keangkuhan, kesombongan dan mengikut hawa nafsunya sendiri. Sebab itulah Islam mampu bertahan dan memerintah sejak 14 abad yang lalu dan pernah memerintah di Sepanyol dan Portugal selama 700 tahun.

Hari ini manusia tercari-cari penyelesaian kepada permasalahan manusia. Meskipun mereka hidup dizaman moden dan canggih tetapi manusia tetap manusia. Imam al-Ghazali pernah berkata selagi manusia itu bernama manusia walau dimana ia hidup dan dibumi mana ia dilahirkan dia akan tetap bersifat dan bertabie manusia. Kerana itulah hukum Allah itu relevan dimana sahaja dan dizaman apa sekalipun.

Hari ini kecoh apabila jenayah rogol yang makin meningkat. Data-data rogol di Malaysia boleh dilihat artikel penulis yang lalu.

(Gambar – Karpal diapit oleh dua Tok Guru semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam tidak lama dulu)

Kenapa kalau diperhatikan jenayah rogol di Arab Saudi, Iran dan disetengah Negara Afrika yang mengamalkan Islam rendah berbanding Negara maju dan hebat di Barat?. Ianya kerana perlaksanaan hokum hudud. Bagi Islam jenayah rogol menerima pakai hukum Hudud dan Takzir seperti penzina. Mereka di Rejam jika sudah berkahwin atau disebat 100 rotan dan dibuang negeri jika belum berkahwin dan jika tidak boleh disabitkan kesalahnnya melalui undang2 keterangan Islam bagi kesalahan zina, maka berpindah hukuman tersebut kepada takzir. Tahap kekerasan hukuman takzir itu adalah tertakluk kepada tahap kekejaman yang dilakukan oleh perogol berkenaan terserah kepada kebijaksanaan hakim untuk menjatuhkan hukuman yg sesuai dengan kesalahan yg dilakukan. Kalau diperhatikan dalam Islam banyak hukumannya dikenakan atas diri si pelaku dan bukannya denda dan bayaran kepada pemerintah. Termasuklah hukum qisas yang akan member kesan secara langsung terhadap pelaku dan masyarakat kerana perlaksanaan tersebut dilakukan dihadapan orang ramai.
Bahkan hukuman Allah itu sendiri merupakan satu konsep perlindungan dan penjagaan Allah sendiri terhadap zuriat dan keturunan umat Islam. Contohnya dalam ayat mencuri:-

“Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. Surah al-maidah:34

Hari ini masyarakat tidak puas-hati dengan hukuman yang dilakukan terhadap perogol. Banyak pandangan pelbagai pihak tentangnya dan pelbagai cadangan hukuman berdasarkan ide dan fikiran manusia. Habis kenapa tidak kembali kepada Islam. Kalau ia dituduh sebagai hokum lapuk dan ketinggalan zaman tetapi jika ia berkesan kenapa tidak kita praktikkan sahaja. Karpal Singh yang dahulunya pernah mengatakan “langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan Islam”, hari ini sendiri meminda pandangannya agar hukuman mati terhadap perogol dilaksanakan. Bukankah dalam Islam, perogol boleh direjam sampai mati. Adakah karpal Singh sekarang bersedia menerima hokum Islam?
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

Terlalu lama undang-undang manusia diterapkan dan terbukti gagal. Undang-undang yang dipraktikkan dinegara ini adalah dipusakai diBarat sedangkan Barat sendiri tiada penyelesaian yang berkesudahan.

Ia timbul kerana kita merasa simpati dan kasihan kepada mangsa. Kemarahan ini akan membuak jika mangsa itu adalah kenalan atau mempunyai pertalian saudara dengan kita. Ketika itu zahirlah kehendak untuk mempraktikkan undang-undang yang menyerupai Islam secara bersungguh-sungguh. Tiada lagi pendekatan kaunseling, nasihat, psikologi dan pelbagai pemikiran yang terlalu ide yang tak terpijak dibumi.

Baca Lagi Dari Sumber>>