KAMI Yakin Saf Kepimpinan Baharu PAS Terengganu

261

Pembentukan Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu sesi 2019-2021 satu gabungan pembaharuan seiring kuasa baharu perubahan politik negeri pantai timur sepertimana diumumkan oleh Pesurujaya PAS Terengganu hari ini.

Perubahan beberapa jawatkuasa terutamanya perlantikan Timbalan Pesuruhjaya 1, YAB Dr. Ahmad Samsuri bergandingan dengan dua tokoh sebelum ini YB Ustaz Satiful Bahari dan YB Dr. Alias Razak telah membentuk pasukan lengkap bagi membantu YB Dato’ Husein Awang sebagai pesuruhjaya BPPNT mengukuhkan penguasaan politik parti yang memerintah Terengganu.

Manakala perlantikan YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah sebagai Ketua Penerangan BPPNT bagi sesi ini adalah menepati kehendak semasa. Perlantikan ini bukan sahaja satu pengiktirafan kepada pengamal media khasnya di Terengganu, tetapi satu pilihan yang menepati dengan perkembangan terkini politik dan arus media perdana.

Beliau sebelum ini pernah menjadi ketua Jabatan Penerangan PAS BPPNT dan juga ahli kepada pengamal media indenpenden iaitu KAMI Terengganu.

Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) optimis perkembangan ini akan memberi satu nilai tambah kepada PAS Terengganu dan hubungan dengan dunia media terbuka akan lebih baik serta mampu merubah paradigma dunia penerangan dan bentuk penyampaian dan hubungan.

Sekian, Terima Kasih

Naraza Muda
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Indenpenden (KAMI)
21 Julai 2019