Kami Harap ‘Mat Yo’ Kekal – Peminat Tegar Pasukan Terengganu

3034

Oleh : Mohd Syakir Ahmad

Berbagai cerita yang melanda pasukan bola sepak Terengganu pada masa ini.. Ada yang baik untuk peminat dan pasukan, tidak kurang yang tidak enak di dengar.

Tatkala pasukan kini sedang bertungkus lumus berjuang mencari slot ke suku akhir Piala Malaysia yang boleh di anggap misi yang agak mustahil, dan para penyokong masih menaruh harapan yang tinggi, ada pemain yang dikatakan mula membuat onar di saat genting seperti ini.

Ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dikalangan penyokong.. Mereka mahu mereka yang terlibat dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi membolehkan pasukan memberi fokus pada perlawanan yang bakal dihadapi.

Pasukan yang sinonim dengan jolokan ‘Sang Penyu’ ini pada awalnya di label sebagai pencabar bagi kejuaraan Piala Malaysia 2015.. Namun segala perancangan sedikit terencat gara-gara kehilangan beberapa orang tonggak utama dalam pasukan terutama pemain di posisi penyerang.. Di mulakan dengan kehilangan Abdul Manaf sejak di awal musim lagi.

Kini Norshahrul pula digantung 5 perlawanan dalam Piala Malaysia dan hanya akan dapat beraksi pada perlawanan suku akhir kedua sekiranya rayuan dari PBSNT di tolak oleh FAM.

Keresahan penyokong di teruskan lagi setelah P.Rangel dikatakan tidak mahu beraksi ketika perlawanan menentang Kedah tempoh hari.

Mungkin hal ini terjadi akibat ada perselisihan di antara P.Rangel dan pihak pengurusan dan mengharapkan agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan segala kemelut secara profesional.

Bercakap mengenai Piala Malaysia bagi musim 2015, pasukan Terengganu jika di lihat mempunyai peluang yang sangat tipis untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

matyNamun begitu, peluang masih terbuka bagi kesemua 4 pasukan di dalam kumpulan A. Cuma laluan Terengganu sedikit berliku kerana Terengganu perlu bertandang terlebih dahulu ke Stadium Pasir Gudang pada hari selasa ini untuk menghadapi JDT II yang mana mereka juga mahu mencatatkan kemenangan bagi mencerahkan kembali peluang ke suku akhir.

Terengganu dan JDT II kini berkongsi 4 mata. Misi wajib menang perlu direalisasikan pasukan Terengganu bagi membuat perhitungan dengan LionsXII di SSMZA pada perlawanan terakhir yang di jadualkan berlangsung pada 4.11.2015.

Di samping mencari kemenanangan, pasukan Terengganu juga perlu mencari seberapa banyak gol dan dalam masa yang sama mengelakkan dari gawangan daripada di bolosi. Ini kerana berkemungkinan besar pungutan mata yang sama bakal terjadi.

Namun jika kalah ataupun seri, maka pasukan Terengganu bolehlah mengucapakan selamat tinggal kepada Piala Malaysia 2015.

Dan yang terakhir, selaku penyokong, kami ingin mengucapakan tahniah buat pengurusan kerana mengekalkan dua tonggak import yang di beli pada musim ini iaitu Gustavo dan Issey Nakajima. Kami, para penyokong juga sangat mengharapkan agar Mat Yo juga kekal dengan pasukan Terengganu untuk tempoh yang lebih lama.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.. Peteh Tranung Peteh!

“Black White Flag Of Our Pride”
‘Istiqamah Hingga Kemenagan’

***Mohd Syakir Ahmad adalah peminat dan penyokong tegar pasukan bola sepak Terengganu. Tulisan ini adalah pandangan beliau semata-mata