Kacau Bubur Lambuk Tingkat Kerjasama

299

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Program gotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk juadah berbuka puasa meningkatkan kerjasama dikalangan para petugas PAS di setiap cawangan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia merupakan program tahunan yang dibuat di peringkat DUN Seberang Takir.

“Program itu bertujuan (untuk) mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sasaran-sasaran berkenaan.

“Sebanyak 12 periuk bubur lambuk di masak dalam program kali ini. Dianggarkan 1,200 bekas dapat diagihkan kepada orang ramai di kawasan ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurut Zakaria, ia melibatkan 20 cawangan dalam DUN Seberang Takir.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang datang menyertai gotong royong ini.

“Semoga ia merupakan amalan yang dilipat gandakan pahalanya oleh Allah di bulan mulia ini,” ujarnya.

Tambah beliau, program Kacau Bubur Lambuk adalah anjuran Majlis Tindakan DUN Seberang Takir dan Pusat Khidmat DUN Seberang Takir yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Dun Seberang Takir, Kampung Duyung.