Juara Pidato Belajar Mandarin Untuk Berdakwah

433

Oleh : Nooreni Abu Bakar
Gambar : Hanif Abbas dan Iqa Chan

KUALA NERUS – Juara Pidato Gema Wawasan 2019, Azizah Ibrahim sedang mempelajari bahasa Mandarin sebagai satu usaha untuk berdakwah kepada orang bukan Islam terutamanya bangsa cina.

“Walaupun bahasa ni agak susah juga.. Zah suka mencabar diri buat benda yg susah tetapi ‘passion’ dan minat, agar Islam dijadikan addeen (satu cara hidup yg menyeluruh),” ujar ibu muda kepada lima amak itu yang membahasakan dirinya Zah.

Beliau yang dihubungi pemberita di sini hari ini memberitahu demikian juga berazam untuk melatih seramai mungkin kader yang mampu berceramah agar Islam cepat tersebar dan menjadi kuat.

Menurut Azizah, Islam memerlukan mereka yang mampu berucap atau berceramah sambil tidak menafikan skop dakwah dan lapangannya terlalu luas, sesuai dengan kadar kemampuan, potensi dan kebolehan masing-masing.

“Yang penting, mereka mahu ‘willing to do’, yang pandai masak, masak lah…yang pandai buat rumah untuk orang miskin, buat rumahlah, yangg pandai urus organisasi, urus lah, yang pandai bercakap atau berucap, berucaplah.. semua kita ni melengkapi antara satu sama lain,” jelasnya.

Katanya, sebelum ini beliau menjadi naib johan pada pertandingan tersebut dua tahun lepas dan bersyukur percubaannya kali kedua membuahkan hasil.

Sementara, Juara Kategori Ameerah, Nurul Qamariah Jusoh, 20 yang melahirkan rasa gembiranya kerana diberi peluang kedua dan berjaya bergelar juara.

Pertandingan yang masuk musim kedua itu, telah diadakan di Auditorium Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini baru-baru ini.

“Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk mencuba lagi, jazakumullahu khairan jaza’ pada umi dan keluarga , sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong saya,

“Tidak lupa kepada sesiapa pun yang mendoakan kejayaan saya, tanpa doa mereka mungkin saya tidak akan berjaya sampai ke tahap ini,” ujar anak kelima daripada enam adik beradik yang
masih menuntut di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)