Jelajah Manifesto Luaskan Kefahaman Masyarakat

946

Oleh : Khairuddin Yusoff

Hulu Terengganu – Penerangan terperinci manifesto sangat penting bagi memberi faham maklumat yang ingin disampaikan kerajaan kepada rakyat.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, PAS sudah berjanji kepada rakyat Terengganu pada Pilihanraya Umum 14 (PRU 14) lalu dengan penumpuan 20 manifesto utama.

Oleh itu, kerajaan Terengganu yang dikuasai PAS akan melaksanakan janji-janji itu.

“Satu-satu DUN bergantung kepada sistem parti menguasai kerajaan, sebab itulah pengurusan pada peringkat DUN, iaitu Majlis Tindakan Dun (MTD) kena kuat.

“Kita lihat YAB Menteri Besar kata, Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu memberi jaminan akan menunaikan kesemua 20 perkara yang dijanjikan dalam pilihanraya umum,” terang beliau semalam 15 Oktober.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jelajah Penerangan Manifesto dengan kerjasama Penerangan Muslimat DUN dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera i- MiTS Ajil, bertempat di Surau Haji Wan Yusuf, Kampung Bukit Ara.

Menurutnya, program Jelajah itu bertujuan memberi penerangan berkaitan perjalanan pelaksanaan manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan Terengganu pada PRU -14 yang lalu dari aspek pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Kata beliau, antara manifesto yang telah dilaksanakan dan akan berterusan ialah pemberian hak milik tanah atau rumah kediaman.

“Kita telah membuka permohonan tanah atau rumah dan ia sedang berjalan,

“Tindakan sudah diambil oleh pihak MTD untuk mengenalpasti ganti kepada tanah-tanah yang telah dirampas oleh kerajaan lalu,” jelasnya.