Jelajah GENERASI Demi Kemanusiaan

426

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah pemerinthan PAS baru-baru ini telah memulakan jelajah ke seluruh negara bagi menyumbangkan bantuan uniform sekolah.

Setiausaha GENERASI Negeri Terengganu, Mohd Rusman Rani berkata, jelajah itu dilakukan melalui skuad sukarelawan bencana yang dirasmikan baru-baru ini.

“Misi jelajah ini adalah bertujuan bagi meringankan dan memudahkan kerja-kerja penerima bantuan untuk mengambil sendiri di tempat pengagihan yang ditetapkan.

“Maka kami melakukan penghantaran dan disamping itu (juga) ianya bertujuan bagi memperkenalkan sukarelawan GENERASI,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika diminta mengulas mengenai jelajah GENERASI Terengganu, di sini pada 6 Januari.

Oleh itu katanya, ia membuka peluang untuk menjelajah dan berkenalan dengan pelbagai NGO yang ada diseluruh negara serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara NGO yang ada.

Menurutnya, jelajah itu telah bermula  pada Jumaat, 4 Januari dan berakhir semalam, 6 Januari.

“Dimana ianya bermula di Ketengah Jaya, bergerak ke Gua Musang, seterusnya ke Lenggong dan Bagan Serai.

“Kemudiannya ke Slim River, Putrajaya dan berakhir di Bentong (Pahang),” ujarnya.

Justeru katanya, di setiap pusat agihan dalam jelajah itu diserahkan kepada NGO GENERASI Gua Musang (Kelantan), Pondok Muallim (Slim River), Angkatan Belia Cemerlang (Putrajaya).

“Maahad Tahfiz Al-Abrar dan seterusnya melakukan kunjungan hormat dan penyerahan baju sukarelawan kepada Pengerusi GENERASI Pusat, Ustaz Roslan Mohd Esa.

“Dan berakhir di Ketengah Jaya semula,” jelasnya.