JDT Tidak Kebal!

506

Di atas kertas, kata jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, masih melihat lawan mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan terbaik dalam Liga Malaysia (M-League) musim ini.

Namun Irfan mengakui bahawa JDT tidak lagi ‘kebal’ dan dia merasakan juara bertahan akan kehilangan taringnya dan tenggelam ketika mereka beradu pada perlawanan sepatruh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru Sabtu ini .

“Kami yakin dengan strategi dan rancangan yang kami ada untuk menghadapi JDT yang hebat, kerana pasukan kami mempunyai apa yang diperlukan untuk maju ke final,

“kerana lawan kami dapat dipukul di gawang mereka sendiri meskipun kami membawa kelebihan tipis hanya satu gol mendahului dari leg (perlawanan) pertama di Kuala Terengganu, ” kata Irfan.

Apabila ditanya tentang kelemahan yang perlu ditangani pada pasukannya, Irfan tenang, dan mengakui bahawa mereka bekerja keras untuk membetulkan isu tersebut kerana JDT sangat berupaya memanfaatkan kelemahan.

“Kelemahan kami yang kami kenal pasti adalah seperti kurang penumpuan selain bahagian depan kami yang perlu menjadi lebih tajam untuk mencipta gol,

“dan tidak lupa bahawa kami perlu mengukuhkan bahagian tengah kami. Kami mempunyai pemain yang berpengalaman dalam barisan kami, seperti pemain Inggeris Lee Tuck, Kipre Tchetche, Sufian Rahman, Latiff Suhaimi dan Igor Zonjic, dan selain menjadi pemain barisan,

“mereka juga mengetuai lapangan dan membimbing pemain lain, jadi kami akan bergerak pada semua sudut apabila kita menentang JDT, “kata Irfan.