Jasa Dan Pengorbanan Abbasi Madani Amat Besar

357

PAS mengucapkan takziah di atas pemergian Syeikh Abbasi Madani, bekas Presiden FIS Algeria yang telah meninggalkan jasa dan pengorbanan almarhum amat besar dalam politik dan perkembangan Islam di Algeria.

“Marilah kita mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Semoga keluarga almarhum juga diberi kesabaran dan ketabahan di atas ujian yang menimpa,” ujar Presiden PAS.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian salam satu kenyataan, hari ini.

Abbasi Madani, ialah pengasas parti pembangkang Algeria yang diharamkan dilaporkan media antarabangsa meninggal dunia ‘dalam buangan’ di Qatar pada usia 88 tahun di hospital Doha selepas sakit lama.

Almarhum yang pernah tinggal di Qatar sejak tahun 2003, mennubuhkan parti Front Keselamatan Islam (FIS) dengan Belhadj pada tahun 1989.

Beliau menyeru perjuangan bersenjata pada tahun 1992 selepas tentera Algeria membatalkan pilihan raya legislatif berbilang parti pertama negara itu.

FIS telah berada di landasan untuk memenangi majoriti mutlak pilihan raya tersebut.