Janji Manis Felda Tutup Tirai Derita 2018

2778

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Janji manis mahu memberikan bayaran sara hidup RM1000, menutup ‘tirai episod derita’ warga Felda, buat tahun 2018.

Setiausaha PAS Cawangan Satu, Felda Jerangau, Roslan Jusoh berkata, sukar hendak dibayangkan bagaimana persiapan persekolahan anak-anak warga Felda.

“Sepatutnya (bayaran) kos sara hidup yang diterima adalah RM 1000, kerana serahkan ladang sawit kepada Felda untuk uruskan tanam semula.

“Namun bulan ini hanya RM 500 dengan alasan yang diberikan hanya sebanyak itu yang mampu diberikan dahulu.

“Ini boleh dianggap episod keperitan yang perlu dilalui sebagai pengakhiran 2018,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Gunting Rambut Kembali Ke sekolah anjuran PAS Cawangan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Jerangau, semalam.

Menurut beliau, program tersebut adalah bagi membantu ibu bapa mengurangkan beban memyempurnakan persiapan sekolah anak-anak.

“Kita cuba untuk ringankan bebanan dan meleraikan kekusutan ibu bapa.

“Dari segi persiapan pakaian sekolah, mujurlah telah dibantu oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu.

“Dan yang tercicir akan dibantu Generasi (NGO), yang dimaklumkan akan mengagihkan pakaian sekolah, bagi memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah dengan baik.

“Untuk hari ini 45 pelajar telah menyertai program ini dengan seorang tukang gunting yang mahir, dimana berjaya mengunting 13 rambut pelajar sekolah dalam masa hanya satu jam,” ujarnya