Jangan Mengundang Kemarahan Anak Muda Islam

314

DPPNT melahirkan rasa kesal dan kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan provokasi agama yang dilakukan oleh pemilik FB bernama Wendy Loong apabila beliau memuatnaik satu karikatur yang jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad SAW. Perkara ini telah beberapa kali berulang sejak mutakhir ini.

2. Pihak berkuasa terutama PDRM digesa untuk mengambil tindakan segera bagi menangani dan membanteras gejala yang terkutuk ini.

3. Kerajaan Malaysia juga, perlu lebih tegas dan cekap dalam mengekang dan membanteras sebarang bentuk provokasi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cara perlaksanaan undang-undang sedia ada dengan cara berkesan dan menjatuhkan hukuman yang berat terhadap individu atau entiti yang terbabit.

4. Sebagai sebuah negara masyarkat majmuk, setiap warganegara sepatutnya mengambil tanggungjawab menghormati dan tidak menimbulkan apa-apa provokasi terhadap mana-mana agama, terutama agama Islam yang menjadi agama rasmi persekutuan.

5. DPPNT menegaskan, bahawa kami mengecam tindakan mana-mana pihak yang menimbulkan provokasi terhadap mana-mana agama terutama agama Islam. Pihak kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam samaada secara individu mahupun ngo untuk segera membuat laporan polis terhadap pemilik FB yang bernama Wendy Loong.

Mohd Nasir Abdul Razak
Ketua
DPP Negeri Terengganu.
24 Julai 2019