Jangan Memandai-mandai Kata ‘Kudeta’

444

Ramai yang memandai mandai menggunakan istilah ‘rampasan kuasa’ atau kudeta ‘coup d’etat’ merujuk kepada peralihan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri negeri tertentu dari PH ke Perikatan Nasional.

Saya sarankan cuba memahami dulu apa maksud ‘rampasan kuasa’ atau ‘kudeta’ ini supaya tidak dipandang keterlaluan sangat dalam kejahilan.

‘Sudden, violent, illegal seizure of power from a government’. Pengambilan kuasa yg berlaku secara tiba tiba dengan cara yg ganas, keras dan tidak mengikut undang undang. Itu yg dipanggil Kudeta atau Rampasan Kuasa.

Sepanjang sejarah dunia ia selalu berlaku melibatkan rampasan melibatkan angkatan tentera.

Apa yang berlaku di Malaysia adalah pertelagahan dalaman Pakatan Harapan yg berakhir dengan perpecahan hingga PH tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen sekali gus kerajaan PH runtuh bila Tun Mahathir berkata beliau tiada pilihan melainkan meletakkan jawatan.

Perikatan Nasional adalah coalition pertama yg memperolehi sokongan majoriti ahli Parlimen pada hemat DYMM SPB YDPA lalu diperkenan perlantikan TSMY sebagai Perdana Menteri.

Ia satu proses yg mengikut peraturan dan undang undang, berpelembagaan, aman tanpa sebarang kekerasan, dan bukan secara sudden tiba tiba kerana satu tempoh masa yang agak panjang digunakan oleh YDPA dalam menentukan kerajaan yang baru.

Baginda melantik Perdana Menteri Interim. Kemudian menemuduga setiap 222 orang ahli Parlimen, Baginda memanggil Mesyuarat Raja Raja Melayu untuk mendapatkan pandangan, Baginda menerima mengadap wakil parti parti dari kesemua pihak.

Perlantikan telah dibuat secara siaran langsung dengan istiadat perlantikan, angkat sumpah Perdana Menteri yg teratur, dihadiri dan disaksikan Ketua Hakim Negara dan seluruh rakyat.

Jelas sekali ia sebuah kerajaan Perikatan Nasional yg mengambil kuasa secara proses demokratik , mengikut undang undang dan Perlembagaan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
4 Mac 2020