Jabatan Amal Dan Pemuda Baiki Rumah Mangsa Banjir

673

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Sebuah rumah mangsa banjir di Kg La, Hulu Besut yang rosak teruk akibat banjir baru-baru ini telah dibaiki oleh Jabatan Amal Terengganu.

Ketua Pemuda PAS tersebut, Matzakie Matyeh berkata, kediaman yang diduduki oleh Mehmah Salleh itu rosak teruk kerana arus air banjir yang begitu deras menghayutkan sebahagian dinding rumahnya.

“Rumah ini dapat dibaiki dengan cepat kerena ramai yang menghulurkan bantuan dari segi tenaga.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di sini, pada hari ini.

Menurutnya, Jabatan Amal Terengganu dan Pemuda PAS Kawasan Besut serta sukarelawan tempatan bekerjasama bergotong-royong membaiki rumah tersebut sehingga siap sepenuhnya.

“Tahniah kepada Jabatan Amal Terengganu yang datang daripada jauh bagi bergotong-royong untuk membaiki rumah ini,” tambah beliau.