Jabatan Amal Besut Sentiasa Bersedia

393

Oleh : Jusmawari Jusoh

BESUT – Jabatan Anggota Amal Besut sentiasa berada dalam posisi bersiap sedia untuk berhadapan dengan apa jua situasi dan keadaan.

Timbalan Komandannya, Luqman Manaf berkata, baru – baru ini berlaku kejadian di mana dua buah rumah di tempat yang berlainan telah musnah dihempap pokok.

“Masing-masing di Kampung Lubuk Kawah Hulu Besut dan di Kampung Gong Kemuntong.

” Dengan kekuatan 16 anggota Unit Amal dan dibantu orang kampung serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),operasi (membantu mangsa yang terlibat) bermula 8.30 pagi berakhir satu tengahari tadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak kejadian, Sabtu, 13 Julai.

Beliau juga menambah, pasukannya akan terus berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

“Diharap seluruh anggota Amal sentiasa bersiap sedia dengan operasi yang akan datang dan terus berkhidmat.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut (JAMKB) yang terlibat dan menjalankan tugas dengan jayanya,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai yang ingin menyumbang untuk menampung kos operasi yang akan datang, menerusi Akaun Bank Rakyat, 110502013591, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut.

“Sebarang transaksi sila maklumkan kepada bendahari di talian 012-2325324,” tambahnya lagi.