Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk; Kehebatan Sultan Dan Ulama

856

KUALA TERENGGANU – Sejarah Itqan Al-Muluk telah menunjukkan kehebatan sultan dan ulama, untuk mengingatkan umat Islam akan kewajipan menegakkan negara dan pemerintahan.

Menurut Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ia dapat dilaksanakan apabila Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus (Tok Ku Paloh) yang menjadi penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III mewujudkan perlembagaan berasaskan Islam.

“(saya) menghadiri Majlis Memperingati Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk (Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu hari ini.

“Kita melihat ilmu dan strategi politik sultan dan jemaah menteri yang berjaya menyempurnakan rukun penting bagi sebuah negara dengan memperkenalkan perlembagaan untuk menjadikannya sebuah negara yang berdaulat,” ujar beliau, selepas program tersebut, semalam 4 Disember.

Langkah ini juga, kata beliau, sebagai satu strategi untuk memintas campur tangan pihak British ke atas Negeri Terengganu selepas berjaya dalam Perjanjian Pangkor 1874 dan Perjanjian Bangkok 1909.

Justeru beliau mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar \.

“dan barisan exco di atas inisiatif program yang baik pada hari ini bagi mencapai matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambah Ustaz Hadi.