Isu penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP)

338

Bukan kita campur urusan Kerajaan Persekutuan. Tapi Kerajaan Persekutuan perlu hormat kepada keputusan Jemaah Menteri mereka sendiri. 27 Jun 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa perlantikan MPKK ialah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Tidak dinyatakan pula bahawa bagi Terengganu, Pahang dan Perlis ada pengecualian dengan bidang kuasa penubuhan MPKK diletalkan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Atas punca kuasa inilah, Terengganu dan negeri-negeri lain menubuhkan MPKK. 1 Julai 2018, sempurnalah pembentukan MPKK di Terengganu menjadikan kita negeri yang pertama menyelesaikan perlantikan MPKK.

Atas kapasiti Portfolio Pembangunan Desa, saya mewakili Kerajaan Negeri Terengganu dalam Mesyuarat bersama Menteri KPLB dan saya yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dalam hal MPKK. Kita bertindak berdasarkan apa yang diputuskan bersama dalam mesyuarat. Kalau ada apa-apa isu berbangkit berkaitan MPKK di Terengganu khususnya, kita boleh bincang secara bersama dalam kerangka kerjasama G to G.

Setakat ini kita tak dimaklumkan berkaitan apa-apa isu berbangkit atau masalah besar yang berkaitan dengan MPKK Terengganu sehingga mewajarkan MPKKP ditubuhkan untuk mengatasinya. Malah pengurusan MPKK Terengganu diakui sebagai antara yang terbaik dalam negara. Kehadiran MPKK Terengganu dalam program anjuran KPLB mencecah 97%. Di negeri-negeri PH sendiri, kehadirannya hanya sekitar 60% sahaja.

Malah sehingga sekarang Kerajaan Negeri belum menerima sebarang surat hitam putih dari KPLB berkaitan penubuhan MPKKP. Masa nak tubuh MPKK dulu, kita ada surat dan minit mesyuarat. Nak tubuh MPKKP, mana punca kuasanya? Tak munasabah boleh ditubuhkan secara atas angin sahaja. Tiada kenyataan rasmi dari Menteri.

MPKK di bawah KPLB. Bukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebab apa Timbalan Menteri KPKT yang rancak keluar kenyataan?

Dr Azman Ibrahim